EKONOMI

RAM Ratings: Malaysia di hadapan berbanding pasaran kewangan Islam lain

12 Nov 2018, 9:02 AM
RAM Ratings: Malaysia di hadapan berbanding pasaran kewangan Islam lain

KUALA LUMPUR, 12 NOV: Malaysia di hadapan berbanding pasaran kewangan Islam lain dari segi kematangan dalam pembangunan ekosistem kewangan Islamnya, kata RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings).

Menurut RAM Ratings, ini berdasarkan dua laporan yang dihasilkan bersama Akademi Penyelidikan Shariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam untuk Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Pertubuhan Kerjasama Islam.

“Kajian pasaran itu, yang dilaksanakan di beberapa bidang kuasa, termasuk pembabitan yang komprehensif dengan pengawal selia dan peserta pasaran, yang memainkan tugas kritikal dalam menyokong cadangan dasar yang dicadangkan dalam laporan berkenaan," kata firma berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan pertama, Tugas Sukuk dalam Pasaran Modal Islam (The Role of Sukuk in Islamic Capital Markets) adalah analisis komprehensif terhadap sebahagian peranan dimainkan Sukuk dalam pembangunan ekonomi negara dengan penilaian perbandingan dibuat antara matang (Malaysia) dan pasaran membangun (Emiriyah Arab Bersatu, Indonesia, Turki, Hong Kong) juga mereka yang masih baru (Nigeria)

Sementara itu, laporan Pengurusan Dana Islam (The Islamic Fund Management) mengulas mengenai pembangunan industri pengurusan dana Islam dan menganalisa faktor yang diperlukan untuk menyokong pertumbunan mampan.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619