NASIONAL

200 pesakit talasemia major dikesan setiap tahun

10 Nov 2018, 6:18 AM
200 pesakit talasemia major dikesan setiap tahun
200 pesakit talasemia major dikesan setiap tahun

KUALA LUMPUR, 10 NOV: Dianggarkan seramai 200 pesakit talasemia major dikesan setiap tahun tanpa langkah pencegahan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya, ekoran itu kerajaan perlu membelanjakan RM3 juta bagi kos rawatan setiap pesakit sepanjang hayat mereka.

Justeru, katanya, penting bagi rakyat Malaysia mengetahui status talasemia mereka bagi mengawal penyakit tidak berjangkit itu.

"Berbanding sesetengah negara, kos penjagaan dan rawatan talasemia di negara ini ditanggung kerajaan.

"Pembawa baka penyakit ini boleh membantu Kementerian Kesihatan mencegah kelahiran kes baharu pesakit talasemia dengan memilih bukan pembawa sebagai teman hidup," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Hari Kesedaran Talasemia Peringkat Kebangsaan 2018, di sini, hari ini, lapor BERNAMA.

Katanya, sehingga Ogos lalu, seramai 7,848 pesakit berdaftar dalam daftar pesakit talasemia dengan 55 peratus daripadanya berusia bawah 20 tahun.

Menjelaskan berkenaan penyakit itu, Dr Dzulkefly berkata, pesakit tidak dapat menghasilkan sel darah merah kerana kecacatan baka dan memerlukan pemindahan darah secara tetap bagi menjalankan kehidupan seharian.

Beliau berkata, tanpa pemindahan darah, pesakit hanya dapat hidup sehingga usia tiga atau empat tahun sahaja, manakala ketika ini dengan rawatan optima mereka boleh hidup sehingga berumur lebih 40 tahun.

[caption id="attachment_263820" align="aligncenter" width="640"] KUALA LUMPUR, 10 Nov -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berucap ketika merasmikan Sambutan Hari Kesedaran Thalassaemia Peringkat Kebangsaan 2018 di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur hari ini.
fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA?[/caption]

"Dalam usaha mengurangkan kelahiran bayi dengan talasemia, Kementerian Kesihatan menyaring 542,284 pelajar tingkatan empat bermula 2016 sehingga 2018 dan mendapati 13,712 adalah pembawa penyakit itu.

"Kementerian Kesihatan menawarkan khidmat kaunseling kepada mereka dan anggota keluarga bagi menjelaskan status pembawa dan peranan mereka dalam pencegahan

"Mereka yang bercadang berkahwin dan mempunyai sejarah talasemia daripada keluarga terdekat boleh mengetahui status menerusi saringan di klinik kesihatan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619