NASIONAL

Skim baucar buku mahasiswa diteruskan

10 Nov 2018, 3:22 AM
Skim baucar buku mahasiswa diteruskan

SHAH ALAM, 10 NOV: Kementerian Kewangan bersetuju dengan syor Kementerian Pendidikan supaya skim bantuan baucar buku kepada mahasiswa diteruskan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu dibawa dalam mesyuarat Kabinet pertama, semalam selepas pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada 2 November lalu.

"Kementerian Kewangan bersetuju melihat perkara ini bagi membantu mengurangkan beban kewangan pelajar institusi pengajian tinggi.

"Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga berpandangan bantuan seumpama ini perlu diteruskan," katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih atas kesudian Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri dalam mempertimbangkan perkara berkenaan.

Beliau turut berharap kerajaan akan mengumumkan berita gembira dalam waktu terdekat berhubung kebajikan mahasiswa.

"Skim baucar buku antara perjuangan saya buat mahasiswa," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619