SELANGOR

Belian beg plastik menurun, bukti kesedaran pengguna meningkat

7 Nov 2018, 9:54 AM
Belian beg plastik menurun, bukti kesedaran pengguna meningkat
Belian beg plastik menurun, bukti kesedaran pengguna meningkat

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 7 NOV: Kutipan wang pembelian beg plastik di pasaraya didapati menurun, kata EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam, Hee Loy Sian.

Katanya, ia menunjukkan orang ramai sudah mula kurang menggunakan beg plastik ketika berkunjung ke pasaraya.

"Hasil maklum balas daripada pasaraya terlibat juga mendapati kebanyakan pelanggan sudah membawa beg kitar semula ketika membeli barangan.

"Ini membuktikan rakyat Selangor sudah mula biasa dengan Kempen Bebas Plastik, sekali gus memperlihatkan kejayaan kempen ini," katanya dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Kempen Bebas Plastik Tahun 2018 di Foyer Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Kempen Bebas Plastik yang mula dilancarkan pada Januari 2017 memastikan kesemua pasaraya mengenakan caj sebanyak 20 sen kepada pelanggan yang ingin membeli beg plastik.

Loy Sian berkata, namun sehingga kini Kerajaan Negeri tidak akan menaikkan kadar bayaran beg plastik tersebut.

"Kerajaan Selangor sedang dalam peringkat perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan untuk memperkenalkan beg kertas kitar semula di setiap pasaraya.

"Kami juga mahu rakyat faham bahawa kempen sebegini bukannya untuk menyusahkan mereka, sebaliknya ia adalah usaha murni untuk menjaga alam sekitar," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619