NASIONAL

4 sekeluarga sesat daki Bukit Melati ditemui selamat

7 Nov 2018, 1:51 AM
4 sekeluarga sesat daki Bukit Melati ditemui selamat

SEREMBAN, 7 NOV: Empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak lelaki yang sesat kira-kira satu jam ketika mendaki Bukit Melati, di Nilai semalam, berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Raihan Che Mat berkata, empat mangsa terdiri daripada seorang lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui kira-kira jam 7.40 malam.

“Bomba menerima panggilan kecemasan, pada jam 7.25 malam dan tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan penyelamat mendapati kesemua mangsa gagal mencari jalan keluar dan dikhuatiri sesat selepas mendaki bukit berkenaan, namun sejam kemudian mereka ditemui selamat di lokasi 'check point' di Cobra Hill dan dibawa turun ke kaki bukit,” katanya lapor BERNAMA.

Raihan berkata, kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas disahkan tidak mengalami kecederaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619