NASIONAL

421,706 calon bakal duduki SPM 2018

5 Nov 2018, 3:43 AM
421,706 calon bakal duduki SPM 2018

PUTRAJAYA, 5 NOV: Seramai 421,706 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, pada 13 November hingga 13 Disember ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, sebanyak 3,308 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 33,361 petugas dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

“Calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan seramai 362,754 atau 86 peratus daripada keseluruhan calon yang mendaftar.

“Calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan seramai 9,427 orang, calon sekolah menengah agama negeri (8,160), calon sekolah menengah agama rakyat (2,059), calon sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (14,001) dan calon persendirian 25,305,” katanya.

Kenyataan itu turut menyebut peringatan Lembaga Peperiksaan kepada semua calon supaya merujuk jadual waktu peperiksaan dan arahan serta amaran yang perlu dipatuhi ketika peperiksaan berlangsung.

Selain itu, calon turut diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.

“Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619