SELANGOR

Tanaman fertigasi dan produk IAT di Selangor tertinggi di Malaysia

4 Nov 2018, 2:05 AM
Tanaman fertigasi dan produk IAT di Selangor tertinggi di Malaysia
Tanaman fertigasi dan produk IAT di Selangor tertinggi di Malaysia

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 4 NOV: Walaupun Selangor merupakan sebuah negeri perindustrian namun negeri itu mempunyai projek tanaman fertigasi tertinggi di Malaysia.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, di Selangor sebanyak 3 juta polibeg tanaman melon dan sayuran buah diusaha di negeri itu.

"Antara punca utama kepada faktor tersebut adalah disebabkan pertembungan pengunaan tanah untuk kawasan kediaman berbanding dengan kawasan pertanian.

"Sehubungan dengan itu juga, rakyat Selangor telah menjadi semakin kreatif di dalam menceburi sektor pertanian yang tidak menggunakan kawasan tanah besar tetapi masih dapat mengeluarkan hasil tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Selangor Agrofest 2018 di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini, malam tadi.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri merancang membuka lebih banyak lagi kawasan-kawasan pertanian di seluruh Selangor khususnya di daerah utara negeri seperti di Sabak Bernam dan Kuala Selangor untuk diwartakan sebagai kawasan pertanian makanan.

Katanya, walaupun ianya bukanlah satu kawasan yang besar tetapi mampu mengeluarkan hasil tinggi.

Katanya lagi, selain itu, produk industri asas tani (IAT) dikeluarkan pengusaha di Selangor juga mempunyai kualiti tinggi.

"Selain tahap kualiti tinggi dan boleh dieksport ke luar negara, pengusaha produk IAT negeri ini juga adalah merupakan tertinggi dari segi jumlahnya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619