SELANGOR

Wanita digalakkan sertai pertanian, variasikan produk keluaran

3 Nov 2018, 12:24 AM
Wanita digalakkan sertai pertanian, variasikan produk keluaran
Wanita digalakkan sertai pertanian, variasikan produk keluaran

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA SELANGOR, 3 NOV: Wanita pada masa kini digalakkan menyertai bidang pertanian sekali gus menjadi lebih kreatif, kata EXCO Kesihatan, Pemerdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.

Katanya, wanita juga perlu bijak menginovasikan tanaman dengan penghasilan pelbagai produk menarik.

"Wanita yang membabitkan diri dalam pertanian perlu pandai variasikan sesuatu hasil tanaman supaya berupaya meraih pendapatan seperti tanaman peria yang turut boleh dijadikan sebagai kerepek.

"Apabila tanaman itu divariasikan, harga sudah pasti boleh menjadi lebih berganda sekali gus golongan ini mampu menjana pendapatan walau daripada rumah sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat gerai pameran pada Selangor Agrofest 2018, di Pentas Utama Kompleks Sukan, di sini, semalam.

Selain itu, katanya, perniagaan kecil-kecilan berasaskan hasil penanaman mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya wanita serius menceburkan diri dalam bidang pertanian.

"Saya akui bidang pertanian ini ada turun naik bergantung kepada keadaan cuaca namun sebab itu saya kata seseorang perlu kreatif membuat sesuatu produk yang boleh bertahan lama," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619