EKONOMI

Matrade manfaatkan ekspo di China bagi tingkatkan eksport

2 Nov 2018, 3:26 AM
Matrade manfaatkan ekspo di China bagi tingkatkan eksport

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan untuk memanfaatkan Ekspo Import Antarabangsa China 2018 (CIIE) untuk meningkatkan peluang eksport dalam rakan dagang terbesar negara itu.

Ekspo tersebut, yang akan berlangsung dari 5 hingga 10 Nov di Shanghai, akan disertai oleh 80 syarikat Malaysia, dengan misi diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking.

Di samping itu, bakal pembeli dari 81 negara dijangka menemui syarikat Malaysia di sana.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Ir Dr Mohd Shahreen Madros berkata Matrade menyasarkan untuk mengetengahkan sektor bernilai tinggi Malaysia terutamanya peralatan berteknologi tinggi dan perkhidmatan.

"Malaysia boleh mengambil peluang daripada peluang yang ada daripada Inisiatif Jalur dan Laluan, yang matlamat utamanya menggalakkan perdagangan tanpa halangan.

"Memandangkan China merupakan rakan dagang terbesar kita sejak 2009, kita perlu meningkatkan usaha untuk memudahkan akses syarikat Malaysia ke pasaran itu supaya perdagangan kita dengan China akan terus kompetitif," katanya.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2018, perdagangan Malaysia dengan China berkembang sebanyak 9.6 peratus kepada RM206.19 bilion, dengan eksport meningkat 11 peratus disumbangkan terutamanya oleh produk elektrik dan elektronik, produk kimia dan kimia, perkilangan logam serta peralatan optik dan saintifik.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619