AGAMA

ABIM kecam serangan Israel ke atas Palestin

2 Nov 2018, 3:05 AM
ABIM kecam serangan Israel ke atas Palestin

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 2 NOV: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam tindakan zalim Israel ke atas masyarakat Palestin, pada himpunan "The Great Return March", pada 26 Oktober lalu yang mengorbankan lima nyawa serta lebih 200 orang cedera.

Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, serangan zionis itu wajib dikutuk masyarakat antarabangsa kerana ia mencaul prinsip hak asasi manusia sejagat yang mendokong kebebasan bersuara menerusi penganjuran himpunan aman.

"ABIM menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mengheret Israel ke muka pengadilan demi menegakkan hak rakyat dan mengelak tindakan kejam seperti ini berulang.

"Kita juga berharap kerajaan Malaysia berperanan aktif memimpin tekanan masyarakat antarabangsa ke atas Israel lantaran kekejaman dilakukan secara semberono," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, komitmen kerajaan dalam isu itu penting apatah lagi ketika masyarakat dunia mengharapkan pendirian dan pandangan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menerusi arena politik antarabangsa.

Media antarabangsa melaporkan tindakan Israel itu mengorbankan seramai lima orang awam Palestin, di samping mengakibatkan 232 orang mengalami kecederaan.

Himpunan aman "The Great Return March" diadakan beberapa kali antara lain menggesa Israel mengehentikan serangan terhadap rakyat Palestin, di Gaza.

Serangan kejam terhadap peserta himpunan berkenaan adalah dari tembakan peluru hidup disasarkan pada kepala mangsa selain melepaskan tembakan gas pemedih mata secara rambang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619