NASIONAL

KEADILAN tunggu keputusan PAKATAN isu lompat parti

1 Nov 2018, 7:17 AM
KEADILAN tunggu keputusan PAKATAN isu lompat parti

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 1 NOV: KEADILAN akan menunggu keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PAKATAN) berhubung isu lompat parti, sebelum mengeluarkan kenyataan berkenaannya.

Ketua Whipnya, Datuk Johari Abdul berkata, isu berkaitan mendapat perhatian kepimpinan PAKATAN dengan satu mesyuarat akan diadakan Sabtu ini bagi mencapai keputusan antara semua parti gabungan.

"Seperti kita tahu, Majlis Presiden PAKATAN akan bermesyuarat berkenaannya kemungkinan dalam minggu ini atau Sabtu dan akan keluarkan kenyataan berhubung keputusannya sama ada ia dilihat wajar atau sebaliknya.

"KEADILAN tidak akan mengeluarkan kenyataan atau mendahului kepimpinan PAKATAN dalam perkara ini," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, isu lompat parti itu juga baginya harus diteliti sebelum sesuatu rumusan dibuat.

"Ia bergantung kepada keadaan dan dari situ kita boleh memutuskannya," katanya.

Isu lompat parti menjadi perhatian umum apabila mantan ahli Umno iaitu Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini.

Ia diperkuatkan lagi dengan desas-desus terdapat kira-kira 40 Ahli Parlimen parti pembangkang itu akan mengambil tindakan sama dengan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum menyertai PPBM.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619