NASIONAL

Kerajaan tandatangan ICERD lepas bincang dengan semua

31 Okt 2018, 9:03 AM
Kerajaan tandatangan ICERD lepas bincang dengan semua

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Kerajaan akan membuat keputusan berkenaan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) selepas mengadakan perbincangan dengan pimpinan semua kaum, di negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu harus mencapai kata sepakat semua pihak kerana ia berkait rapat dengan semua kaum yang ada, di Malaysia.

"Kita akan menandatanganinya selepas rundingan dijalankan dengan semua kaum dan saya sudah nyatakan ia bukan mudah kerana di Malaysia terdapat pelbagai kaum.

"Masing-masing sensitif terhadap perkara tertentu," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Polisi Nasional Untuk Industri 4.0 di Dewan Perdana, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau secara sinis berkata, tidak berguna masyarakat Melayu berbicara berkenaan ketuanan Melayu jika hanya 'bekerja sebagai kuli orang'.

"Kalau kita nak jadi tuan, kita boleh jadi tuan tetapi kena mempunyai ilmu, rajin bekerja dan buat segala yang baik.

"Jangan tipu, jangan curi dan jangan ikut contoh Perdana Menteri yang lama," katanya dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619