BERITA UTAMA

Isu keselamatan jejas sistem 'e-voting' - BERSIH

31 Okt 2018, 2:43 AM
Isu keselamatan jejas sistem 'e-voting' - BERSIH
Isu keselamatan jejas sistem 'e-voting' - BERSIH

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 31 OKT: Isu keselamatan sistem e-voting antara masalah utama yang perlu dilihat sebelum ia dilaksanakannya secara meluas.

Pengarah Eksekutif Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Yap Swee Seng berkata, ia memandangkan sistem pengundian atas talian itu boleh digodam untuk tujuan sabotaj.

Katanya, disebabkan itu sehingga kini tidak semua negara menggunakan sistem e-voting dalam pilihan raya masing-masing.

"Antara negara yang sudah melaksanakannya termasuk India dan Filipina, namun ia bukanlah secara menyeluruh, malah ada negara-negara besar masih melaksanakan sistem undian secara konvensional, sama seperti Malaysia, ini semua gara-gara masalah sekuriti.

"Tidak dinafikan negara kita boleh juga melaksanakan sistem e-voting dalam Pilihan Raya Umum (PRU), namun pelbagai kajian secara menyeluruh perlu dilakukan," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Mengulas lanjut, Swee Seng berkata, perlaksanaan sistem e-voting melalui Pemilihan Parti KEADILAN menjadi penanda aras terhadap keberkesanan sistem itu.

Namun katanya, BERSIH mencadangkan supaya kerajaan terlebih dahulu melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara atas talian.

"Ini memandangkan ada diantara orang awam yang mengeluh kerana agak sukar untuk membuat pendaftaran di pejabat pos, jadi lebih baik wujudkan sistem pendaftaran pengundi melalui online.

"Ia juga seiring dengan kemajuan teknologi dan membantu golongan muda yang lebih tertarik dengan sistem lebih cepat dan mudah," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619