SELANGOR

TERAS peruntuk RM19.3 juta bantu 730 asnaf keluar kemiskinan

25 Okt 2018, 1:50 AM
TERAS peruntuk RM19.3 juta bantu 730 asnaf keluar kemiskinan
TERAS peruntuk RM19.3 juta bantu 730 asnaf keluar kemiskinan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 25 OKT: Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) mengagihkan bantuan modal perniagaan bernilai RM19.3 juta sejak 2013 hingga 2017 bagi membantu golongan asnaf keluar daripada kepompong kemiskinan.

Pengerusi Lembaga Pengarah TERAS, Datuk Ibrahim Yusof berkata, seramai 730 orang miskin di Selangor disahkan keluar daripada asnaf bagi tempoh lima tahun dan syarikat itu mensasarkan seramai 1,000 orang lagi bermula tahun ini.

"Pada hari ini kita bersama golongan yang mahu keluar daripada kepompong kemiskinan melalui bantuan disediakan TERAS dengan syarat mereka sendiri perlu berusaha untuk maju.

"TERAS akan membantu mereka dengan bantuan seperti modal, kenderaan dan lain-lain kepada mereka dianggarkan RM25,000 dibelanjakan TERAS untuk setiap peserta," katanya pada Program Transformasi Usahawan Asnaf 2018 (TUAS) di Setia City Convention Centre (SCCC) di sini, semalam.

Ibrahim berkata, antara yang berjaya keuar daripada kepompong kemiskinan termasuklah seorang usahawan Orang Kelainan Upaya (OKU), Zharfan Kamar yang kini mampu menjual kira-kira 1,000 cucuk sate sehari.

Katanya, Zharfan kini sudah mampu mengeluarkan zakat untuk membantu golongan asnaf keluar daripada kepompong kemiskinan.

Selain itu, Mohd Fauzi Mohd Aziz pula berjaya membuka perniagaan perkhidmatan mencuci kusyen kenderaan secara bergerak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619