SELANGOR

Cantuman jajaran Bas Smart Selangor beri kelebihan untuk rakyat

24 Okt 2018, 1:56 AM
Cantuman jajaran Bas Smart Selangor beri kelebihan untuk rakyat
Cantuman jajaran Bas Smart Selangor beri kelebihan untuk rakyat

OLEH AFIX REDZUAN

GOMBAK, 24 OKT: Jajaran Bas Samart Selangor diharapkan dapat menghubungkan dua pihak berkuasa tempatan (PBT) dibawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ke Kuala Lumpur.

Pegawai Daerah dan Tanah (PDT) Gombak, Dato' Amirul Azizan Abd Rahim berkata, cantuman jajaran bas Smart Selangor ini penting supaya pengguna dapat menikmatinya secara berterusan.

"Bas percuma Smart Selangor paling penting dan perlu ada kesinambungan. Kawasan Selayang dan Ampang Jaya tidak bercantum disebabkan Kuala Lumpur.

"Bas MPAJ sampai Melawati tetapi tidak disambung kepada Klang Gates. Saya telah memohon MPAJ memanjangkan perkhidmatan bas Smart Selangor ke Klang Gates dan seterusnya ke LRT Melati kerana ia merupakan lokasi terakhir bas MPS.

"Di daerah Gombak, orang yang tinggal di Hulu Klang boleh menikmati bas percuma ini jika ingin ke Rawang. Sekarang, kalau orang Hulu Klang nak ke Rawang, tiada bas yang menghubungkan," katanya.

Menurutnya, cadangan itu sudah diketengahkan supaya perkhiamatan Bas Smart Selangor dapat diperluaskan serta menggabungkan dua daerah selain berharap isu sempadan Kuala Lumpur-Selangor dapat diselesaikan segera.

Katanya, perkhidmatan bas percuma dibawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) itu memberikan reaksi positif kepada rakyat dan diharapkan kesepakatan pentadbiran di Putrajaya- Selangor boleh mempercepatkan urusan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619