SELANGOR

MPP bantu hubungan mesra Kerajaan Negeri dan penduduk

21 Okt 2018, 8:36 AM
MPP bantu hubungan mesra Kerajaan Negeri dan penduduk
MPP bantu hubungan mesra Kerajaan Negeri dan penduduk

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 21 OK : Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) yang aktif menjadi salah satu faktor hubungan erat diantara Kerajaan Negeri dan juga penduduk, kata Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.

Katanya, MPP turut memainkan peranan untuk mengenalpasti tuntutan dan isu yang dibangkitkan penduduk kerana mereka bertemu secara langsung.

"Ahli-ahli MPP ini tidak bergaji dan tidak mempunyai elaun tetap, namun sumbangan mereka di dalam mengaktifkan komuniti membantu serta mengekalkan Shah Alam menjadi bandaraya terbaik.

"Tanggungjawab yang ditunjukkan oleh ahli MPP kepada penduduk dan masyarakat ini amat membanggakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Karnival Sukan Bendang anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Taman Botani Negara, Bukit Cahaya Seri Alam, di sini, hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar Shah Alam, Dato' Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Najwan Halimi.

Mengulas lanjut mengenai karnival berkenaan, Amirudin berkata, usaha MBSA bersama MPP perlu dipuji atas semangat cintakan alam sekitar.

"Program sebegini dapat memupuk semangat cintakan kehijauan di kalangan penduduk, tidak semestinya acara sukan hanya diadakan di padang sahaja, namun Shah Alam bertuah kerana mempunyai taman seperti Taman Botani sekali gus membolehkan penduduknya berkumpul dalam suasana aman.

"Selain mengeratkan hubungan silaturrahim, ia juga dapat membina budaya sayangkan kehijauan yang sedia ada di Shah Alam," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619