NASIONAL

Kerajaan garis 6 keutamaan dalam pentadbiran

18 Okt 2018, 9:34 AM
Kerajaan garis 6 keutamaan dalam pentadbiran

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 18 OKT: Kerajaan Persekutuan menggariskan enam keutamaan pentadbirannya dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara utama yang diberi penekanan adalah mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam.

"Kerajaan juga akan memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat, menuju ke arah pembangunan wilayah seimbang, memperkasa modal insan, mempertingkat kemampanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau serta memperkukuh pertumbuhan ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kajian terbabit, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, penekanan itu bagi meningkatkan daya tahan asas ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619