SUKANKINI

SOPMA18: Tenpin boling raih emas kedua

18 Okt 2018, 2:21 AM
SOPMA18: Tenpin boling raih emas kedua
SOPMA18: Tenpin boling raih emas kedua

OLEH HAFIZAN TAIB

IPOH, 18 OKT: Skuad tenpin boling Selangor meneruskan rentak cemerlang dengan meraih pingat emas menerusi beregu lelaki dalam Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2018, di sini, semalam.

Jurulatihnya, Mohd Razif Abu Bakar berkata, kejayaan memperoleh emas kedua itu amat bermakna dan menaikkan semangat pemain untuk mencipta kemenangan seterusnya.

"Kemenangan ini meletakkan kita pada landasan selesa untuk mencapai sasaran meraih lima emas dalam SOPMA 2018.

"Saya berharap pasukan akan terus beraksi dengan baik bagi memenuhi impian ini," katanya kepada Media Selangor.

Mohd Firdaus Mohamad yang sebelum ini memenangi emas dalam kategori perseorangan lelaki, turun berpasangan dengan Mohd Razid Redzali beraksi cemerlang mengumpul 2,033 mata keseluruhan untuk memperoleh emas acara beregu lelaki.

Mereka menewaskan pasangan Kuala Lumpur, Mohd Zaidi Awang dan Wong Chew Hoong (2028) untuk perak serta Sabah, Soo Kok Heng dan Hoo Choon Seong (2019) (gangsa).

Mohd Razif berkata, tumpuan pasukan selepas ini beralih kepada tiga lagi acara iaitu trio lelaki, berpasukan lelaki dan master lelaki bagi mencipta kemenangan seterusnya.

Katanya, ketiga acara itu adalah kesempatan terbaik pasukan untuk menambah pingat.

"Kita harap pemain akan terus cemerlang dalam permainan masing-masing untuk mencapai kejayaan demi pasukan seterusnya kontinjen Selangor.

"Kita melahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk Perangsang Selangor yang banyak menyokong dan membantu pasukan ke kejohanan ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619