NASIONAL

Ahli akademik Islam disaran teliti isu kebajikan kanak-kanak

16 Okt 2018, 8:09 AM
Ahli akademik Islam disaran teliti isu kebajikan kanak-kanak
Ahli akademik Islam disaran teliti isu kebajikan kanak-kanak

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Ahli akademik dan intelektual Islam disaran membincangkan secara mendalam isu kebajikan kanak-kanak dan mengemukakan cadangan dasar kepada pihak kerajaan.

EXCO Kesihatan, Pemerdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, perkara itu seharusnya menjadi agenda utama termasuk penjagaan kesihatan dan pendidikan, terutamanya dari aspek pandangan Islam.

"Adalah membimbangkan untuk mengetahui bahawa kanak-kanak dari isi rumah miskin lebih cenderung menerima penjagaan kesihatan yang kurang baik, mengalami kekurangan nutrien, pencapaian keputusan pendidikan yang lebih rendah dan seterusnya mengurangkan pendapatan masa depan dalam pasaran kerja.

"Mereka mungkin akan membesar sebagai orang dewasa yang miskin yang anak-anaknya kurang baik dan seterusnya meneruskan penghantaran kemiskinan antara generasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Antarabangsa dan Muzakarah Fikh, di Institusi Sosial Malaysia (ISM), di sini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Rektor Kolej Universiti Islam Malaysia, Prof Dato' Dr Abdul Halim Tamuri.

Dr Mariah memaklumkan, Laporan Kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) mendapati satu daripada lima kanak-kanak di Kuala Lumpur menderita pertumbuhan yang sukar, sementara 1 daripada 10 mengalami kurang berat badan.

Katanya, laporan statistik juga membimbangkan mengenai kanak-kanak yang tidak mempunyai akses pendidikan asas kerana kemiskinan.

"Saya sendiri menyaksikan aktivis hak asasi manusia yang terus-menerus memperjuangkan isu-isu perlindungan sosial dalam kalangan kanak-kanak," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619