SELANGOR

Seminar Hakam JAKESS, rungkai konflik gantung tak bertali

16 Okt 2018, 6:48 AM
Seminar Hakam JAKESS, rungkai konflik gantung tak bertali
Seminar Hakam JAKESS, rungkai konflik gantung tak bertali

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 16 OKT: Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) akan menganjurkan Seminar Hakam : Merungkai Konflik Gantung Tak Bertali, pada 20 Oktober ini.

Seminar dari jam 8 pagi hingga 5 petang itu dijadual berlangsung di Dewan Muktamar Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, di sini.

Pada seminar itu, ucaptama disampaikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Yang Arif Profesor Adjung, Dato' Dr Mohd Na'im Mokthar.

Manakala, antara panel jemputan adalah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Zulfikri Yasoa' Hakim; Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Shukran Yusof; Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Mohd Hairuddin Ab Rahim dan Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Wan Abdul Fattah Wan Ismail.

Yuran penyertaan RM100 dikenakan bagi peserta manakala RM50 untuk pelajar yang berminat mahu menyertai seminar itu.

Difahamkan, yuran termasuk pendaftaran, jamuan makan (sarapan, minum pagi, makan tengah hari dan minum petang), nota kursus serta sijil penyertaan.

Orang ramai berminat boleh mendaftar sebelum atau pada 17 Oktober ini di talian 011-36873558 (Atrasina Mohd Zahrullail) atau email ke atrasina88@esyariah.gov.my.

Selain itu, orang ramai juga boleh melayari laman web dan laman sosial JAKESS untuk maklumat lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619