SELANGOR

Bimbang rumah eksklusif monopoli Cyberjaya

16 Okt 2018, 2:36 AM
Bimbang rumah eksklusif monopoli Cyberjaya
Bimbang rumah eksklusif monopoli Cyberjaya

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 16 OKT: Ahli Dewan Negeri Dengkil, Adhif Syan Abdullah menyatakan kebimbangan apabila pembangunan di Cyberjaya lebih cenderung terhadap pembinaan rumah kos tinggi yang eksklusif.

Katanya, lebih mendukacitakan terdapat pemaju yang menyalahkan kuota bumiputera tinggi sebagai punca mengapa kebanyakan rumah dibina tidak terjual.

"Saya yakin, alasan ini digunakan bagi melindungi kelemahan dan keengganan pemaju membina lebih banyak rumah mampu milik.

"Saya menyokong kenyataan bekas Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini menyatakan Cyberjaya bukan pusat perniagaan hartanah," katanya dalam kenyataan.

Katanya, lebih membimbangkan selepas pengumuman pengecualian cukai SST ke atas perkhidmatan pembinaan dan kos bahan binaan, tiada pemaju yang tampil menyokong langkah itu.

Adhif Syann berkata, pemaju juga tidak memberi indikasi penjimatan pengecualian itu akan dipindahkan kepada pembeli.

"Walaubagaimanapun, saya tidak mahu rakyat tempatan khususnya penduduk Sepang dan Dengkil tertinggal arus kemajuan yang bakal datang, justeru usahasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu digiatkan di samping keterbabitan pihak swasta.

"Jika dahulu usaha ini terbantut kerana perbezaan ideologi politik, Malaysia Baharu perlu membawa nafas baru bagi merejuvenasikan hala tuju dan peranan Cyberjaya sebagai pusat inovasi berteknologi tinggi yang mampu memacu negara ke arah kemajuan serta kegemilangan diimpikan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619