PENDIDIKAN

STAM 2018 bermula Selasa, libatkan lebih 10,000 calon

14 Okt 2018, 2:21 AM
STAM 2018 bermula Selasa, libatkan lebih 10,000 calon

PUTRAJAYA, 14 OKT: Peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 akan dijalankan pada 16, 17, 18, 22 dan 23 Oktober ini.

Dalam satu kenyataan di sini, Kementerian Pendidikan berkata seramai 10,078 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu yang akan diadakan di 257 pusat peperiksaan di Malaysia dan Kemboja dan dikendalikan oleh 1,102 petugas yang telah dilantik.

Menurut kenyataan itu calon peperiksaan merangkumi pelajar sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan (27 peratus); sekolah menengah agama negeri (48.6 peratus); sekolah menengah agama rakyat (8.4 peratus); sekolah swasta (0.6 peratus); calon persendirian (14.2 peratus) dan calon luar negara (Kemboja) (1.2 peratus).

Calon-calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan STAM 2018 untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

"Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my.

"Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar," demikian menurut kenyataan itu.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619