SELANGOR

Didik anak bukan tanggungjawab sekolah

11 Okt 2018, 8:07 AM
Didik anak bukan tanggungjawab sekolah
Didik anak bukan tanggungjawab sekolah
Didik anak bukan tanggungjawab sekolah

OLEH NADIAH ZAMLUS

BESTARI JAYA, 11 OKT: Tanggungjawab mendidik anak sepatutnya dipikul ibu bapa, bukannya sekolah semata-mata.

Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Dato' Dr Siddiq Fadzil berkata, beliau mendapati segelintir ibu-bapa seolah-olah lepas tangan apabila anak mereka sudah dimasukkan ke sekolah.

"Hakikatnya sekolah itu sekadar membantu, Nabi sendiri ada menyebut anak itu lahir dalam fitrah, lalu ibu-bapanya yang membentukkan anak itu menjadi Yahudi atau Nasrani.

"Perlu diingatkan sekolah bukan hak eksklusif guru-guru, dan disebabkan itulah sekolah perlu membuka ruang kepada ibu-bapa untuk turut serta memainkan peranan dan terlibat dalam pembangunan pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucaptama 'Institusi Keluarga dan Pendidikan' di Persidangan Kebangsaan Wanita dan Pembangunan Keluarga 2018 anjuran Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya, hari ini.

Siddiq yang juga Tokoh Maal Hijrah 2018 menyeru supaya institusi kekeluargaan diperkukuhkan melalui bidang pendidikan.

"Sesuai dengan maqasid syariah (objektif syariah) iaitu perlunya umat Islam memelihara keturunan melalui pendidikan supaya melahirkan generasi berkualiti.

"Namun, pendidikan diberikan ini perlulah seiring dengan kasih sayang, bukannya kosong semata-mata," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619