SELANGOR

Lif rosak kerana banjir - Rapid KL

9 Okt 2018, 8:32 AM
Lif rosak kerana banjir - Rapid KL

OLEH NADIAH ZAMLUS

PUCHONG, 9 OKT: Rapid KL memohon maaf berikutan kerosakan lif di stesen transit aliran ringan (LRT) Pusat Bandar Puchong telah meyukarkan pergerakan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Syarikat itu dalam kenyataannya kepada SelangorKini berkata, kerosakan berlaku disebabkan air meresap sehingga merosakkan papan litar bercetak (PCB) dalam lif berkenaan.

"Masalah itu juga berpunca daripada kejadian banjir kilat berhampiran IOI Mall sebelum ini.

"Kerja pembaikpulihan sedang dijalankan dan ia dijangka kembali beroperasi seperti biasa pada hari esok," katanya.

Rapid KL memberi maklum balas itu setelah SelangorKini melaporkan gesaan EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru terhadap kerosakan lif yang menyusahkan golongan OKU, terutama mereka yang berkerusi roda.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619