AGAMA

LZS kutip RM757 juta wang zakat 2017

9 Okt 2018, 7:52 AM
LZS kutip RM757 juta wang zakat 2017
LZS kutip RM757 juta wang zakat 2017

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 9 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat sebanyak RM757 juta sepanjang 2017, kata Ketua Pegawai Penyelarasnya, Abdul Basith Hamid.

Katanya, daripada jumlah tersebut, RM444.8 juta adalah zakat pendapatan, diikuti zakat perniagaan RM161.3 juta dan lain-lain zakat RM150.1 juta.

"Berdasarkan penyata kutipan dan agihan zakat 2017, zakat pendapatan melalui Skim Potongan Gaji menyumbangkan 40 peratus kepada kutipan zakat di negeri ini.

"Dicatatkan 4,217 syarikat, atau lebih kurang seramai 182 ribu kakitangan Islam menunaikan tanggungjawab mereka dengan jumlah keseluruhan kutipan RM302 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan pada Majlis Serahan Sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit Hospital (TKPH) di Hospital Shah Alam, semalam.

Sehingga kini, pada 2018, LZS sudahpun menguruskan RM377 juta transaksi zakat.

Abdul Basith berkata, setiap tahun pihaknya berusaha menyempurnakan amanah lebih 270 ribu pengeluar zakat di negeri ini dengan mengagihkan zakat

kepada lapan asnaf berhak.

"Dalam Islam, kita sentiasa dituntut supaya mempertingkatkan sumbangan dan khidmat kepada golongan memerlukan terutama bagi ibadah zakat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619