NASIONAL

TLDM sedia gerak aset ke Sulawesi, Indonesia

8 Okt 2018, 8:04 AM
TLDM sedia gerak aset ke Sulawesi, Indonesia

KUALA LUMPUR, 8 OKT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedia menggerakkan aset pasukan bagi bantuan misi kemanusiaan di Palu, Sulawesi, Indonesia sekiranya diperlukan, kata Panglimanya Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Beliau berkata Kapal Auksiliari Tun Azizan (KA TAZ) sudah bersedia di perairan negara untuk digerakkan pada bila-bila masa.

"Setakat ini, kita sudah menyediakan kapal Tun Azizan dan berada dalam keadaan siap siaga dalam tempoh 24 jam untuk digerakkan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemakaian Pangkat Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TLDM, di KD Sri Gombak di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini TLDM masih belum menerima permohonan daripada negara jiran itu untuk tujuan berkenaan.

Setakat ini, pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan antara pesawat antarabangsa yang berjaya menghantar bantuan terus ke Palu dari Pangkalan Udara Halim Perdana Kusuma Jakarta manakala pesawat C130H milik TUDM pula dari Balikpapan.

Terdahulu pada majis berkenaan, 28 anggota TLDM daripada pelbagai bidang dan kepakaran menerima kenaikan pangkat masing-masing sebagai penghargaan terhadap tanggungjawab yang dilaksanakan dalam perkhidmatan.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619