NASIONAL

Finas lantik Pemangku Ketua Pengarah baharu

8 Okt 2018, 7:44 AM
Finas lantik Pemangku Ketua Pengarah baharu

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 8 OKT: Timbalan Ketua Setiausaha Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Shakib Ahmad Shakir dilantik Pemangku Ketua Pengarah Finas baharu berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dalam kenyataan.

"Ia bagi menggantikan Dato' Fauzi Ayob yang sudah bertugas sejak 1 Januari 2017.

" Selaras dengan perkara itu, dimaklumkan juga bahawa Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan KKMM, Fairul Azida Shahabudin turut dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Pengarah Finas, menggantikan Dato’ Azmir Saifudin Mutalib berkuat kuasa mulai tarikh sama," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Finas ditubuhkan pada 1981 yang berfungsi sebagai agensi khusus dipertanggungjawab merancang pembangunan perfileman tempatan.

Selain memancu aktiviti pengeluaran filem dan video tempatan, Finas juga turut menubuhkan Akademi Filem pada 1987, bertujuan bagi memberikan latihan formal jangka pendek, peringkat sijil dan diploma kepada golongan karyawan yang berminat dalam bidang perfileman.

Bagi menggalakkan perfileman negara, Finas turut memberikan bantuan dalam bentuk kemudahan pinjaman dan sewaan alat kelengkapan penggambaran serta kemudahan produksi filem, dewan pratonton dan studio.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619