GLOBAL

Kota Palu: Jaringan komunikasi di beberapa tempat kembali pulih

7 Okt 2018, 1:57 AM
Kota Palu: Jaringan komunikasi di beberapa tempat kembali pulih

KOTA PALU (Sulawesi), 7 OKT: Jaringan komunikasi yang terjejas di beberapa tempat di Kota Palu, bandar paling teruk mengalami kemusnahan akibat gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter dan tsunami di Sulawesi pada 28 Sept lepas, kini mulai pulih.

Tinjauan Bernama mendapati talian telefon serta kemudahan internet sudah kembali pulih seperti biasa di beberapa tempat di bandar berkenaan, namun di kawasan yang mengalami kemusnahan teruk seperti di Patebo dan Donggala, keadaan sistem komunikasinya masih tidak berubah.

Selain itu, Bernama difahamkan syarikat telekomunikasi (telco) tempatan turut memberi panggilan percuma selama seminggu kepada mangsa yang berada di bandar itu untuk menghubungi keluarga masing-masing.

Seorang mangsa, Kamilah Entu, 29, berkata dia bersyukur talian komunikasi telah kembali pulih seperti biasa di Kota Palu selepas terhenti sejurus kejadian itu berlaku.

"Selepas tsunami serta gempa berlaku, talian komunikasi tidak stabil, ada di beberapa kawasan terus tiada talian menyebabkan kami terputus hubungan selama dua hari dengan dunia luar. Sekarang Alhamdullilah, keadaan jaringan komunikasi sudah kembali pulih...saya dimaklumkan rakan, kabel komunikasi banyak putus serta tiangnya tumbang ketika bencana itu," katanya ketika ditemui di sini.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619