SELANGOR

MB alukan laporan bebas, hargai peranan media

5 Okt 2018, 9:42 AM
MB alukan laporan bebas, hargai peranan media
MB alukan laporan bebas, hargai peranan media
MB alukan laporan bebas, hargai peranan media
MB alukan laporan bebas, hargai peranan media

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 OKT: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari tidak berkecil hati terhadap laporan kritikal yang dilihat tidak memihak kepada pentadbiran Kerajaan Negeri.

Amirudin berkata, sebaliknya beliau percaya laporan bebas pihak media merupakan bahagian penting untuk beliau menambahbaik pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Terus terang saya tidak berkecil hati dengan laporan media sepanjang 100 hari pentadbiran saya.

"Ini kerana kebebasan media untuk memberi laporan tepat perlu dipertahankan untuk proses semak dan imbang," katanya pada Majlis Ramah Mesra Dan Hi-Tea YAB Dato' Menteri Besar Selangor Bersama Media di Hotel Concorde di sini, hari ini.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri sedia terima teguran dilontarkan pengamal media menerusi berita, rencana dan lain-lain.

Katanya, sudah menjadi tradisi, Selangor sentiasa mendapat tumpuan media ekoran status negeri itu penanda aras dalam pelbagai aspek khasnya sektor ekonomi.

Ketika menyentuh peristiwa bersejarah perubahan Kerajaan Persekutuan pada Mei lalu, Amirudin menyifatkannya sebagai bukti rakyat tidak mudah terpedaya dengan berita palsu dan berat sebelah memenangkan satu pihak.

"Akhirnya rakyat membuat keputusan walaupun ada media cuba memimpin untuk mempercayai propaganda mereka," katanya lagi.

Terdahulu, kira-kira lebih 100 pengamal media hadir pada majlis itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619