NASIONAL

Hormati Dewan Rakyat, elak kata kesat

5 Okt 2018, 6:08 AM
Hormati Dewan Rakyat, elak kata kesat
Hormati Dewan Rakyat, elak kata kesat

OLEH NADIAH ZAMLUS

BANGI, 5 OKT: Tokoh Maal Hijrah 2018, Prof Dato' Dr Siddiq Fadzil menegur sikap segelintir ahli parlimen yang suka menimbulkan perang mulut ketika persidangan.

Katanya, lebih memalukan kadangkala terdapat ucapan dangkal serta kesat yang dikeluarkan 'ahli-ahli yang berhormat'.

"Beberapa kali sudah diberitahu, mereka berada dalam 'dewan yang mulia', namun kata-kata antara satu sama lain tidak menggambarkan ia sebegitu.

"Selaras dengan Malaysia Baru, sepatutnya budaya politik kita perlu lebih santun dan kita mahu ahli parlimen yang cerdas, rasional serta lebih bersopan santun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Syarahan Perdana: Hijrah ke Malaysia Baharu, Mencari Makna Di Balik Kata anjuran Insititut Darul Ehsan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Universiti Selangor.

Dr Siddiq berkata, walaupun Parlimen adalah gelanggang debat dan mengadu kekuatan hujah yang wajar, namun ia harus didasari dengan semangat saling menghormati dan menghargai.

"Agenda transformasi kemanusiaan dan kebudayaan harus dapat membina bangsa berkarakter, beradab dan berintegriti.

"Dalam pemikiran Melayu, manusia unggul disebut orang budiman dan tuntutan kita yang ingin melihat Parlimen cerdas serta rasional adalah wajar, tidak berlebihan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619