NASIONAL

Potong utiliti kilang haram, elak kembali beroperasi

4 Okt 2018, 7:54 AM
Potong utiliti kilang haram, elak kembali beroperasi
Potong utiliti kilang haram, elak kembali beroperasi
Potong utiliti kilang haram, elak kembali beroperasi
Potong utiliti kilang haram, elak kembali beroperasi

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LANGAT, 4 OKT: Tindakan pemotongan bekalan utiliti akan dikenakan terhadap kilang haram yang memproses sisa plastik bertujuan mengekang ia daripada beroperasi kembali.

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata, notis pemotongan utiliti itu sudah dihantar kepada pengusaha kilang haram di negeri ini, sejak Selasa lalu.

Katanya, pemotongan utiliti itu dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Saya akan memastikan TNB melakukan pemotongan bekalan selepas tujuh hari daripada tarikh notis berkenaan supaya semua kilang haram ini tidak lagi beroperasi.

"Kementerian optimis mahu membanteras habis-habisan kilang haram ini daripada beroperasi semula," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam operasi menutup kilang haram di Telok Panglima Garang, di sini, hari ini.

Operasi itu turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Dr Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim dan Ahli Dewan Negeri Banting, Lau Weng San.

Sementara itu, Bee Yin berkata, selepas kilang haram itu ditutup, hasil sisa plastik mereka akan dibawa serta diproses ke kilang yang mempunyai lesen.

"Kita sudah menghubungi kilang kitar semula berlesen yang mengikut akta alam sekitar serta berdaftar dengan pihak berkuasa untuk memproses sisa ini.

"Kita khuatir jika menghantar ke pusat pelupusan sampah keadaan dikhuatiri menjadi bertambah buruk.

"Malah, Malaysia juga menghentikan aktiviti import sisa plastik terutamanya gred rendah, sisa yang sudah bercampur dengan kotoran serta plastik berkualiti rendah," katanya.

Terdahulu, operasi bersepadu itu turut disertai, Majlis Daerah Kuala Langat, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, TNB, SPAN dan Syarikat Bekalan Air Selangor dengan kekuatan seramai 100 anggota.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619