NASIONAL

Tun M: Prosedur perundangan terhadap Rosmah ikut undang-undang

4 Okt 2018, 3:29 AM
Tun M: Prosedur perundangan terhadap Rosmah ikut undang-undang
Tun M: Prosedur perundangan terhadap Rosmah ikut undang-undang

PUTRAJAYA, 4 OKT: Prosedur perundangan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dibuat mengikut undang-undang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Merujuk kepada dakwaan oleh anak perempuan Rosmah, Nooryana Najwa Najib, bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agak melampau bertindak menangkap ibunya, Dr Mahathir berkata tindakan itu dibuat tanpa niat dendam.

"Jika ia bertentangan dengan undang-undang, proses perundangan akan dijalankan, itu janji kita dan tidak ada niat untuk berdendam dan apa jua seumpamanya.

"Undang-undang menyebut (bahawa) jika anda mencuri wang, anda akan didakwa di mahkamah. Sama ada mahkamah bersetuju atau tidak, itu perkara lain,” katanya kepada pemberita selepas melrasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Asean mengenai Pengurusan Bencana kali keenam dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan di sini hari ini.

Nooryana Najwa, dalam hantaran Instagram semalam, berkata beliau boleh menerima hakikat tindakan ke atas bapanya Najib, tetapi penangkapan ibunya dan penggeledahan rumah neneknya Tun Rahah Mohammad Noah adalah keterlaluan.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619