SUKANKINI

Cub Prix: Tengku Amirul sasar kemenangan keenam

4 Okt 2018, 1:51 AM
Cub Prix: Tengku Amirul sasar kemenangan keenam
Cub Prix: Tengku Amirul sasar kemenangan keenam

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 OKT: Tengku Amirul Hafiruddin menyasarkan kemenangan keenam dan melebarkan jurang pendahulu keseluruhan CP115 apabila beraksi di halaman sendiri pada pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kuala Terengganu, Terengganu, 5 dan 6 Oktober ini.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu meraih lima gelaran juara daripada enam perlumbaan musim ini dan hanya sekali tamat di kedudukan keempat sewaktu pusingan keempat di Temerloh, Pahang.

Pelumba berasal dari Dungun, Terengganu kini selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan 138 mata, 52 mata mengatasi rakan sepasukan, Md Fareez Afeez yang berada di kedudukan kedua (86 mata) manakala Md Haziq Md Fairues ketiga (79 mata).

Tengku Amirul berkata, beliau gembira kerana selepas dua tahun, perlumbaan Cub Prix kembali ke Kuala Terengganu dan dapat beraksi di hadapan keluarga serta penyokongnya dengan harapan mengulangi pencapaian menaiki podium di sini, pada 2015.

"Walaupun memenangi lima perlumbaan setakat ini, saya tidak mahu terlalu yakin kerana perlumbaan CP115 ini sentiasa sengit dan tidak diduga.

"Apa yang pasti, saya akan memberikan yang terbaik dan yakin pasukan juga akan menyediakan jentera terbaik untuk saya minggu ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619