SELANGOR

Pengunjung Hospital Serdang disaran guna parkir MAEPS

3 Okt 2018, 8:34 AM
Pengunjung Hospital Serdang disaran guna parkir MAEPS
Pengunjung Hospital Serdang disaran guna parkir MAEPS

OLEH NADIAH ZAMLUS

SERDANG, 3 OKT: Pengunjung Hospital Serdang disaran supaya menggunakan tempat letak kereta di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di situ.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, kenderaan yang diletakkan di bahu jalan sebelum pintu masuk utama hospital seringkali menyebabkan kesesakan trafik termasuk menghalang ambulans apabila terdapat kes kecemasan.

"Saya ingin menyeru pengunjung hospital supaya gunakanlah kemudahan parkir yang disediakan di MAEPS ini.

"Difahamkan mereka turut menyediakan perkhidmatan ulang-alik (shuttle service) secara percuma ke hospital bagi memudahkan orang ramai," katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu Unit Pengurusan Parkir MAEPS berkata, MARDI MAEPS Sdn Bhd menyediakan tempat letak kereta alternatif bagi pelawat dan kakitangan Hospital Serdang.

"Ia bertujuan bagi menampung keperluan parkir, di samping mengelakkan tindakan saman oleh pihak berkuasa kerana meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan.

"Perkhidmatan 'shuttle' percuma disediakan daripada MAEPS ke lobi hospital bermula dari jam 6 pagi hingga 11 malam," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619