SELANGOR

MB: Tutup kilang plastik haram

29 Sep 2018, 1:07 AM
MB: Tutup kilang plastik haram

OLEH SHEEDA FATHIL

HULU SELANGOR, 29 SEPT: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari komited akan menutup kilang plastik haram yang terdapat di Selangor.

Amirudin berkata, beliau akan membuat lawatan selanjutnya dan tindakan menutup kilang terbabit akan dijalankan dari semasa ke semasa.

"Kita tidak akan berkompromi sama sekali dan akan terus mengambil tindakan segera terhadap kilang haram yang memproses semula sisa plastik.

"Sekiranya ada laporan mengenai kilang itu, kita akan mengambil tindakan dengan segera kerana polisi sangat jelas dan hal ini sudah saya bangkitkan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan dan Majlis Perasmian Laluan Baru Bas Smart Selangor di Masjid Jamek Ar Rahimah, Kuala Kubu Bharu, di sini, semalam.

Mengulas sama ada Kerajaan Negeri akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Amirudin berkata, pihaknya akan membuat lawatan lanjut dari semasa ke semasa.

Terdahulu, sebuah media melaporkan penduduk di Kuala Langat terutamanya di Telok Panglima Garang terdedah dengan risiko pelbagai jenis penyakit termasuk barah apabila daerah itu dijadikan tempat longgokan plastik kitar semula dari serata dunia.

Namun, Amirudin mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah meluluskan operasi pemprosesan semula sisa plastik sebaliknya ia di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619