AGAMA

300 maahad tahfiz di Selangor jalani operasi sah

28 Sep 2018, 9:22 AM
300 maahad tahfiz di Selangor jalani operasi sah
300 maahad tahfiz di Selangor jalani operasi sah

OLEH AFEEQA AFEERA

BATU CAVES, 28 SEPT: Kira-kira 300 maahad tahfiz yang beroperasi di Selangor sudah mendaftarkan operasi masing-masing dengan pihak berkuasa, bermula tahun lalu.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, langkah itu bagi memastikan rekod pendaftaran maahad terbabit dapat dipantau, terutama jika timbul sebarang isu atau masalah.

Katanya, maahad yang gagal berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan bakal berdepan tindakan termasuk penutupan operasi.

"Kita bukan hendak menghukum tetapi ingin membantu mereka untuk mengelakkan masalah lebih buruk timbul, pada masa akan datang.

"(Bagi yang masih gagal mendaftar) mungkin bakal berdepan tindakan kerana kita sudah beri lebih setahun untuk berbuat demikian, termasuk merekodkan kelengkapan serta kemudahan juga diselaraskan dengan polis, bomba, jabatan agama selain majlis tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Solat Hajat & Bacaan Yasin Perdana, di Masjid Al-Amaniah, di sini, malam tadi.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan akan menutup semua pusat tahfiz yang didapati tidak berdaftar dengan pihak berkuasa serta beroperasi secara haram, kata Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad.

Katanya, ia bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin serta imej institusi keagamaan Islam terpelihara.

Ia susulan sebuah pusat tahfiz di Kepong yang mana pengetuanya didakwa di mahkamah kerana dipercayai meliwat sembilan pelajarnya berusia 11 hingga 16 tahun dan pusat tahfiz itu didapati beroperasi secara haram.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619