SELANGOR

Selangor Cyber Games 2018 medan tumpuan pemain eSports

28 Sep 2018, 3:45 AM
Selangor Cyber Games 2018 medan tumpuan pemain eSports
Selangor Cyber Games 2018 medan tumpuan pemain eSports
Selangor Cyber Games 2018 medan tumpuan pemain eSports

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 28 SEPT: Selangor Cyber Games 2018 bakal menjadi tumpuan pemain eSports dari seluruh negara untuk merebut hadiah keseluruhan RM250,000.

Pertandingan edisi kelima anjuran Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor bakal menyaksikan kehadiran lebih 2,000 peserta untuk bersaing di Empire City, Petaling Jaya, pada 27 dan 28 Oktober ini.

Selangor Cyber Games kian popular dalam kalangan pemain eSports dan kualiti penganjuran terus dipertingkatkan saban tahun dengan pelbagai pembaharuan termasuk jumlah hadiah ditawarkan.

Edisi kali ini mempertandingkan enam acara iaitu Dota 2 dengan hadiah RM70,000, Player's Unknown Battleground (RM20,000), Fifa 19 (RM60,000), Pes 19 (RM20,000), Tekken 7 (RM30,000) dan Mobile Legends Bang Bang (RM50,000).

Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Generasi Muda MSN Selangor, Jestin Raj Savarimuthu berkata, Selangor Cyber Games dijayakan MSN Selangor dengan kerjasama Mineski Events Team Malaysia dan Big Machinez, sejak 2014 seterusnya menjadi acara tahunan.

"MSN Selangor meletakkan eSports sebagai medan alternatif bagi kumpulan Millennials dan Generasi Z dengan ia memberi peluang untuk mencapai demografi lebih terperinci melalui mereka yang mungkin tidak berkaitan dengannya dapat mengalami dalam kehidupan biasa," katanya.

Pengarah Mineski Events Team Malaysia, Firdaus Hashim merakamkan penghargaan kepada Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari dan Kerajaan Negeri dengan menjelaskan tanpa kerjasama diberikan, pertandingan itu mungkin tidak dapat diwujudkan.

"Ia acara ditunggu pemain eSports di Malaysia dan saya harap ia menjadi medium utama anak muda mengembangkan bakat," katanya.

Pertandingan mendapat sokongan Penggerak Belia Tempatan dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu juga buat pertama kali akan memperkenalkan acara Push The Limit Lan Party by ZOTAC yang akan mengumpulkan lebih 300 pemain eSports selama 48 jam.

Pendaftaran bagi menyertai Selangor Cyber Games 2018 kini dibuka dan boleh diakses di laman sesawang www.selangorcybergames.net

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619