NASIONAL

5 jawatankuasa ditubuh banteras nelayan asing

28 Sep 2018, 2:48 AM
5 jawatankuasa ditubuh banteras nelayan asing
5 jawatankuasa ditubuh banteras nelayan asing

OLEH SHEEDA FATHIL

PELABUHAN KLANG, 28 SEPT: Lima jawatankuasa bertindak ditubuh bagi membanteras isu pencerobohan bot nelayan asing, kata Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Sim Tze Tzin.

Beliau berkata, jawatankuasa itu membabitkan lima kementerian antaranya MOA, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan.

"Jawatankuasa bertindak ini ditubuh bertujuan menyelesaikan masalah pencerobohan oleh warga asing yang sering berlaku di kawasan perikanan dan laut di Malaysia.

"Kehadiran warga asing ini mendatangkan kerugian besar terhadap hasil tangkapan Malaysia sehingga kita terpaksa import dari negara luar untuk keperluan ikan di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Pulau Ketam, di sini, semalam.

Selain itu, Tze Tzin berkata, operasi bersepadu juga akan dilaksana membabitkan jawatankuasa bertindak dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

"Ia bertujuan mengekang pencerobohan dan rompakan hasil laut dengan senang sehingga mengakibatkan negara rugi besar.

"Bagaimanapun, kerjasama antara negara Asean untuk menyelesaikan masalah ini amat diperlukan supaya kita dapat membantu menjaga nama baik negara selain melindungi hak masing-masing," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619