NASIONAL

TPM: Semoga Chong Wei cepat sembuh

22 Sep 2018, 7:41 AM
TPM: Semoga Chong Wei cepat sembuh

OLEH HAFIZAN TAIB

PUTRAJAYA, 22 SEPT: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta rakyat mendoakan kesembuhan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang kini dirawat di Taiwan, akibat barah hidung.

Wan Azizah yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melahirkan rasa dukacita dengan perkhabaran itu melalui laman media twitternya, @drwanaziah

"Berduka mendengar perkhabaran Datuk Lee Chong Wei menghidap barah hidung peringkat awal.

"DCLW sedang menerima rawatan di Taiwan. Sama-sama kita mendoakan DLCW diberi kesembuhan sempurna," katanya.

Dalam satu kenyataan, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan Chong Wei menghidap barah hidung peringkat awal dan sedang menjalani rawatan di Taiwan.

Katanya, proses rawatan berjalan lancar dan ketika ini jaguh perseorangan negara itu sedang berehat bersama keluarga dan teman rapatnya.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mengambil berat dan berdoa untuk dirinya.

"Sokongan anda memberi kekuatan kepada Chong Wei," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619