SELANGOR

Arak beracun: EXCO saran orang ramai lapor pihak berkuasa

21 Sep 2018, 6:39 AM
Arak beracun: EXCO saran orang ramai lapor pihak berkuasa
Arak beracun: EXCO saran orang ramai lapor pihak berkuasa

OLEH SHEEDA FATHIL

PETALING JAYA, 21 SEPT : Orang ramai diminta melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui mana-mana premis menjual arak beracun, sekitar negeri itu, kata EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Negeri, Ng Sze Han.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri memandang serius isu berkenaan bagi mengelakkan lebih banyak lagi kejadian meragut nyawa daripada terus berlaku.

"Saya sarankan kepada orang ramai jika ternampak kedai menjual arak yang mencurigakan, mohon untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran anda. Kerjasama semua pihak amat diperlukan.

"Selain itu, saya nasihatkan kepada orang ramai supaya jangan minum arak. Jika mahu membelinya, pastikan dari kedai yang berlesen atau boleh dipercayai serta elakkan beli di kedai 'underground' kerana kita tidak tahu puncanya dari mana," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Anggota Penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),di Dewan Sivik, MBPJ, di sini, hari ini.

Selain itu, Sze Han berkata, Kerajaan Negeri dan polis sedang mencari punca sebenar untuk menyelesaikan kes arak beracun itu.

"Operasi serbuan akan tetap diteruskan bersama agensi berkaitan. Jika terdapat premis yang tidak mempunyai lesen, maka kita tidak teragak-agak untuk menutupnya," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan seramai 20 orang mati akibat keracunan alkohol, di Selangor.

Tiga jenama minuman beralkohol yang disyaki mengandungi racun methanol ialah Grand Royal Whisky, Mandalay Whisky dan bir berjenama King Fisher.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619