SELANGOR

PTGS komited beri khidmat terbaik

19 Sep 2018, 9:05 AM
PTGS komited beri khidmat terbaik
PTGS komited beri khidmat terbaik

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 SEPT: Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) komited memastikan sistem penyampaian perkhidmatan dilaksanakan secara terbaik kepada pelanggan.

Pengarahnya, Dato' Zulkefli Khalid berkata, pelbagai inovasi baru diperkenalkan PTGS dalam usaha berkenaan bagi menyumbangkan peningkatan hasil Kerajaan Negeri.

Katanya, ia termasuk sistem E-Strata, E-Charting dan Smart Docket yang diguna pakai dalam pentadbiran tanah seluruh negeri.

"Sebagai contoh, idea membangunkan sistem Smart Docket tercetus selepas penemuan Laporan Ketua Audit Negara 2014 yang menjelaskan perlunya penambahbaikan terhadap kaedah kutipan royalti bahan batuan.

"Di antara penemuan itu adalah kecenderungan memanipulasi maklumat pada doket memandangkan ia secara manual tanpa pemantauan ketat dan tiada penyeragaman dalam menjana laporan pengeluaran.

"Sehubungan itu, PTGS mengambil serius laporan penemuan itu dan mengadakan beberapa siri perbincangan bersama Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB)," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Sistem Smart Docket oleh Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini.

Pada masa sama, Zulkefli berkata, sistem Smart Docket menerima maklum balas positif dan memberi ketepatan daripada segi data, lebih efektif serta pantas.

"Saya percaya semua pemain industri akan terus menyokong penggunaan sistem ini demi menjamin masa depan negeri yang lebih 'smart and caring'.

"Ia selaras dengan visi dan misi Kerajaan Negeri bagi melestarikan pembangunan serta kemakmuran simetri, pintar juga peduli rakyat," katanya.

Terdahulu, Sistem Smart Docket mampu menjana pendapatan negeri sehingga RM80 juta setahun dan mengurangkan ketirisan pendapatan, kecurian dan aktiviti haram lain.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619