SELANGOR

BERSATU kesal usaha cemar nama baik MB

19 Sep 2018, 8:54 AM
BERSATU kesal usaha cemar nama baik MB

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 SEPT: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor kesal wujud usaha kotor yang cuba mewujudkan pertembungan kurang sihat antara parti itu dengan KEADILAN membabitkan usaha mencemar nama baik Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.

Pengerusinya, Dato' Abdul Rashid Asari berkata, BERSATU memgambil pendirian tegas dan tidak mahu dikaitkan dengan isu pemilihan KEADILAN 2018 yang sedang berlangsung kini.

Katanya, pendirian berkenaan atas dasar menghormati antara anggota parti komponen Pakatan Harapan negeri.

"Kami dengan tegas menyuarakan sokongan penuh kepada kepimpinan Amirudin selaku Dato' Menteri Besar sejak dari hari pertama beliau mengangkat sumpah jawatan untuk menerajui Kerajaan Negeri yang amat dikasihi.

"BERSATU kesal kewujudan usaha kotor ini yang cuba mengwujudkan pertembungan kurang sihat dan mencemarkan nama baik Amirudin," katanya dalam kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619