GLOBAL

Awas laman sesawang palsu tarik pelaburan Bitcoin

19 Sep 2018, 4:37 AM
Awas laman sesawang palsu tarik pelaburan Bitcoin
Awas laman sesawang palsu tarik pelaburan Bitcoin

SINGAPURA, 19 SEPT: Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) memberi amaran kepada orang ramai berkenaan laman sesawang palsu bagi menarik pelaburan dalam Bitcoin menggunakan komen palsu daripada Pengerusinya, Tharman Shanmugaratnam.

MAS dalam kenyataan hari ini meminta pembaca mendaftar bagi akaun Bitcoin dan meminta butiran terperinci kad kredit serta akaun bank.

Katanya, artikel disiarkan juga tidak benar dan sangat mengelirukan.

"Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan mengelakkan daripada mendedahkan sebarang maklumat kewangan atau peribadi dalam borang dipautkan daripada laman sesawang itu.

“Melabur dalam mata wang kripto seperti Bitcoin amat berisiko,” kata pihak berkuasa itu lapor BERNAMA.

Pada masa sama, MAS turut mengeluarkan peringatan pada 19 Disember 2017 yang memberi amaran kepada orang ramai berkenaan risiko pelaburan mata wang kripto.

Pihak berkuasa itu juga menggesa orang ramai yang mengesyaki pelaburan yang mungkin menipu atau disalah guna bagi aktiviti menyalahi undang-undang lain supaya melaporkannya kepada polis.

"Bagi maklumat lanjut berkenaan mata wang kripto dan pelaburan mata wang kripto, orang ramai boleh merujuk kepada MoneySENSE, iaitu program pendidikan kewangan negara bagi peringatan pengguna," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619