NASIONAL

PKPIM: Semak tatacara pilihanraya kampus tindakan reformasi telus

16 Sep 2018, 7:25 AM
PKPIM: Semak tatacara pilihanraya kampus tindakan reformasi telus

KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Langkah menyemak semula tatacara pengurusan Pilihanraya Kampus (PRK) dilihat sebagai tindakan yang menzahirkan komitmen kerajaan baharu ke arah merealisasikan agenda reformasi secara telus serta menyeluruh di negara ini.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Khair Sujud berkata, pendekatan yang diambil kerajaan itu lebih telus kerana akan membuka ruang ke arah pengendalian PRK yang telus atas semangat 'Dari Mahasiswa Kepada Mahasiswa'.

"PKPIM melihat perkara ini sebagai satu pengiktirafan kepada perjuangan gerakan mahasiswa seluruh negara yang konsisten menuntut hak kebebasan bersuara serta autonomi universiti khususnya yang melibatkan badan pelajar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan semalam berkata Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di semua universiti awam diberi kebebasan sepenuhnya dalam menentukan acuan kepimpinan mereka sendiri tanpa penglibatan pihak pengurusan universiti mulai tahun ini.

Sehubungan itu, kementerian berkata tatacara pemilihan MPP atau juga dikenali sebagai PRK turut akan disemak semula.

Muhammad Khair berkata PKPIM turut menggesa mahasiswa agar memanfaatkan peluang berkenaan sebaik mungkin serta berharap lebih ramai pimpinan mahasiswa yang berkualiti dapat dilahirkan.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619