SELANGOR

Program Bank Makanan bantu golongan susah

15 Sep 2018, 6:03 AM
Program Bank Makanan bantu golongan susah
Program Bank Makanan bantu golongan susah

OLEH NADIAH ZAMLUS

PETALING JAYA, 15 SEPT: Kira-kira 20 keluarga kurang berkemampuan di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang menerima bantuan makanan secara percuma, melalui Program Bank Makanan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berkata, program itu dibuat ekoran kajian ke atas komuniti terbabit mendapati 80 peratus kanak-kanak antara tujuh bulan dan 18 tahun, kurang berat badan serta tidak mempunyai perkembangan baik.

Katanya, program itu dikendalikan sukarelawannya di bawah inisiatif #105PJ.

"Program ini bertujuaan menyediakan sumber makanan, rawatan perubatan asas dalam masa panjang serta peluang kerja kepada masyarakat dan komuniti yang kurang berkeupayaan menjaga diri juga keluarga mereka.

"Saya berharap program Bank Makanan ini akan meningkatkan kesedaran orang ramai masih ada rakyat Malaysia kurang mampu menyediakan makanan mencukupi untuk keluarga mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Bank Makanan di pejabatnya, baru-baru ini.

Maria berkata, program itu adalah langkah pertama pihaknya menangani masalah kekurangan zat makanan yang berlaku dalam kalangan penduduk PPR Lembah Subang.

"Saya turut mengalukan sektor awam dan swasta untuk mendermakan barangan seperti susu tepung, makanan dalam tin serta beras.

"Kami tidak mahu wang tetapi hanya barang makanan yang akan diterima buat keluarga memerlukan ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619