SELANGOR

MB main bola sepak, santuni anak muda

15 Sep 2018, 1:50 AM
MB main bola sepak, santuni anak muda

OLEH HAFIZAN TAIB

SEPANG, 15 SEPT: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari meluangkan masa mengetuai pasukan Pilihan MB menentang Belia Kampung Bukit Bangkong dalam perlawanan persahabatan bola sepak, sempena Jelajah Maju Bersama ke daerah Sepang, semalam.

Ternyata jadual padat dalam program lawatan itu bukan penghalang untuk Amirudin turun bersama pasukannya menyantuni anak muda di kampung berkenaan dalam perlawanan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rawang, di sini.

Pilihan MB turut disertai Setiausaha Politik Menteri Besar merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah; ADN Dengkil, Adhif Syan Abdullah dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Muhammad Hafiz Shaari.

Bagaimanapun pasukan itu terpaksa akur dengan kekalahan 2-5.

Namun, keputusan perlawanan tidak menjadi ukuran dengan matlamat utama menjalin hubungan akrab antara Dato' Menteri Besar dan pimpinan Kerajaan Negeri bersama masyarakat tempatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619