PENDIDIKAN

EXCO rai pelajar bakal hadapi UPSR & PT3

13 Sep 2018, 9:40 AM
EXCO rai pelajar bakal hadapi UPSR & PT3
EXCO rai pelajar bakal hadapi UPSR & PT3

OLEH SHEEDA FATHIL

KAJANG, 13 SEPT: Lebih 100 pelajar diraikan dalam Program Pecutan Akhir Pentaksiran Ujian Tingkatan Tiga (PT3) dan Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), di Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Impian, di sini, hari ini.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi serta Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, ia membabitkan 50 pelajar UPSR dan 52 pelajar tingkatan tiga dari sekolah sekitar Kajang, yang bakal menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Katanya, program itu memberi banyak manfaat kepada pelajar terutama mereka yang kurang berkemampuan untuk hadir ke tuisyen.

"Program ini amat bagus dan saya optimis ia dilaksanakan pada setiap tahun serta dibuat dengan lebih meluas lagi.

"Saya mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan akan datang," katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Program Pecutan Akhir PT3 dan UPSR.

Sementara itu, Guru Besar SK Saujana Impian, Khatijah Yusof menyambut baik pelaksanaan program terbabit yang memberi pendedahan meluas kepada pelajar.

"Menerusi program ini, pelajar diberi pendedahan lebih meluas daripada guru di sekolah yang berbeza kerana kita bergabung juga dengan beberapa sekolah sekitar Kajang," katanya.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Impian, Massita Mohamed Sin berkata, menerusi program itu, pelajar dan guru dapat berinteraksi dengan lebih dekat kerana ia membabitkan beberapa pembahagian kumpulan.

"Jika di dalam kelas, kadangkala pelajar malu untuk bertanya mungkin disebabkan bilangan terlalu ramai, namun program ini mendekatkan pelajar dan guru," katanya.

Antara sekolah terbabit menjayakan program ini adalah SMK Sultan Abdul Aziz Shah, SMK Taman Jasmin, SMK Jalan Bukit, SK Kantan Permai, SK Kajang, SJK (C) Sungai Chua dan SK Kajang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619