SELANGOR

Ops Bersepadu banteras pergerakan lori degil

12 Sep 2018, 2:52 AM
Ops Bersepadu banteras pergerakan lori degil

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

HULU LANGAT, 12 SEPT: Isu kacau ganggu lori dipercayai terbabit dalam kegiatan kuari dan projek pembangunan di sekitar kawasan Hulu Langat menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk.

Ahli Dewan Negeri Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof berkata, beberapa isu utama menjadi rungutan awam termasuk penggunaan jalan raya di luar waktu ditetapkan dan keadaan jalan berdebu berpunca daripada pergerakan tanpa henti lori terbabit.

Katanya, lanjutan daripada itu beliau menggesa Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat supaya memperketatkan penguat kuasaan bersama agensi bertanggungjawab dalam Ops Bersepadu bagi mengekang pergerakan lori degil terbabit.

"Saya memandang serius masalah kerana ia membabitkan keselamatan dan keselesaan warga Langat, justeru saya mencadangkan kepada Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) terbabit dalam operasi penguat kuasaan bagi membolehkan mereka menjalankan pemantauan lebih ketat.

"LPKP boleh mengambil tindakan membatalkan permit lori terhadap mana-mana yang masih melanggar peraturan ditetapkan," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Mengulas lanjut, Edry Faizal berkata, pihaknya dalam proses perbincangan bersama Jabatan Kerja Raya untuk menaik taraf Jalan Hulu Langat.

Bagaimanapun katanya, berdasaran kertas cadangan itu, kos pelaksanaannya agak tinggi memandangkan agensi berkenaan perlu melakukan pengambilan tanah.

"Kos ini tinggi ekoran kerajaan terdahulu yang tidak meneruskan projek sejauh 17 kilometer tetapi saya akan berbincang dengan menteri berkaitan bagi memastikan ia dapat diteruskan secara berperingkat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619