SELANGOR

Bukit Melawati masih berjaga-jaga air pasang besar

12 Sep 2018, 2:09 AM
Bukit Melawati masih berjaga-jaga air pasang besar

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 12 SEPT: Kawasan Bukit Melawati masih belum terjejas dengan ramalan fenomena bencana air pasang besar walaupun berada dalam zon berjaga-jaga, sehingga hari ini.

Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata, kebanyakan kawasan terjejas membabitkan pesisir pantai sahaja.

"Dalam pengetahuan saya, kawasan yang disenaraikan dalam keadaan berjaga-jaga termasuk Permatang dan Jeram.

"Di Bukit Melawati, biasanya banjir berlaku kerana pertembungan air laut pasang dan hujan lebat yang tidak berhenti tetapi setakat ini alhamdulillah tidak berlaku," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Sebelum ini, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor memaklumkan Daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam diletakkan dalam persediaan menghadapi fenomena air pasang besar kerana berisiko tinggi mengalami banjir jika berlaku angin kencang serta hujan lebat.

Gelombang pertama fenomena air pasang diramal hingga 12 September di pesisiran pantai Selangor dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.5 meter.

Kenyataan itu menyebut kemuncak air pasang di pesisiran pantai Selangor dicatatkan di Pelabuhan Klang, pada kadar 5.4 meter kira-kira jam 6.25 pagi, namun keadaan masih terkawal.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619