SELANGOR

Piala Adun Paya Jaras Edisi Ke-8 semakin dapat sambutan

11 Sep 2018, 3:05 AM
Piala Adun Paya Jaras Edisi Ke-8 semakin dapat sambutan
Piala Adun Paya Jaras Edisi Ke-8 semakin dapat sambutan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 11 SEPT: Pertandingan Bola Sepak Piala Adun Paya Jaras Edisi Ke-8 yang berakhir Ahad lalu mendapat perhatian hebat dalam kalangan belia di Paya Jaras.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, lebih menarik lagi apabila penganjuran kali ini disertai 28 buah pasukan daripada pelbagai kaum di Paya Jaras.

"Kita sangat bertuah kerana kita ada kemudahan stadium bagi melangsungkan perlawanan dan stadium ini juga menjadi tempat integrasi belia pelbagai kaum.

"Pada tahun ini, sambutan semakin hangat di mana kita mendapat penyertaan pelbagai bangsa dan etnik," katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, kejohanan yang diperkenalkan sejak 2011 itu menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 dan Piala Pusingan untuk pemenang tempat pertama.

Katanya lagi, selain pertandingan bola sepak, pihaknya juga akan memperbanyakkan program khusus untul golongan beliawanis.

Sementara itu, pasukan Belarau FC muncul juara apabila berjaya menewaskan pasukan D Damai FC dengan jaringan 2-0.

Hadiah-hadiah disampaikan Mohd Khairuddin sebaik tamat perlawanan akhir.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619